Bola Sepak : Saingan Liga Malaysia 2015

Penentuan Juara Liga Super dan Liga Premier 2015 semakin sampai ke kemuncaknya. Dalam saingan Liga Super 2015, pasukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim FC atau Harimau Selatan di bawah kendalian Ketua Jurulatih Mario Gomez di landasan terbaik mempertahankan gelaran yang mereka miliki musim lalu dengan pasukan Pahang atau Tok Gajah merupakan pencabar terdekat mereka. Dengan perlawanan berbaki 4 perlawanan, laluan kedua-dua pasukan nampak seimbang. 

Pasukan JDT FC berdepan pertemuan sukar iaitu bakal bertemu Singapore Lions XII (12 Ogos – Gelanggang Sendiri), Kelantan (15 Ogos – Gelanggang Lawan), Perak (19 Ogos – Gelanggang Sendiri) dan menamatkan aksi dengan bertemu Felda United (22 Ogos – Gelanggang Lawan). Pasukan Pahang pula bakal bertemu Kelantan (12 Ogos – Gelanggang Sendiri), Perak (15 Ogos – Gelanggang Lawan), Felda United (19 Ogos – Gelanggang Sendiri) dan menutup saingan dengan bertemu pasukan Terengganu (22 Ogos – Gelanggang Lawan). Setiap perlawanan adalah penting untuk mencapai kemenangan bagi terus mengekalkan kedudukan masing-masing.

Dalam saingan Liga Premier 2015 pula, pasukan Kedah, T-Team dan PKNS FC dilihat berpeluang merangkul gelaran selain merebut 2 tempat teratas sekaligus bakal beraksi pada aksi Liga Super 2015 akan datang. Dalam 4 perlawanan terakhir, pasukan Kedah bakal bertemu dengan pasukan JDT II (11 Ogos – Gelanggang Sendiri), Negeri Sembilan (14 Ogos – Gelanggang Lawan), Sabah (18 Ogos – Gelanggang Sendiri) dan menutup tirai saingan dengan bertemu DRB Hicom (21 Ogos – Gelanggang Lawan). Laluan pasukan T-Team pula bakal bertemu DRB Hicom (11 Ogos – Gelanggang Sendiri), UiTM FC (14 Ogos – Gelanggang Lawan), SPA FC (18 Ogos – Gelanggang Sendiri) dan menamatkan aksi Liga Premier dengan bertemu Kuantan FA (21 Ogos – Gelanggang Lawan). Pasukan PKNS FC pula bakal berdepan saingan Sabah (11 Ogos – Gelanggang Sendiri), DRB Hicom (14 Ogos – Gelanggang Lawan), UiTM FC (18 Ogos – Gelanggang Sendiri) dan menutup tirai saingan dengan bertemu  SPA FC (21 Ogos – Gelanggang Lawan). Setiap pasukan ini pastinya akan memberikan persembahan terbaik masing-masing bagi terus bersaing serta mencerahkan peluang ke saingan Liga Super 2016 akan datang.

ep2p-2