Bila kaki vape nak tunjuk sempoi, dalam mall pun main asap.

Sekarang ni kan vape memang dah menjadi trend di seluruh Malaysia, kononnya benda alah ni dikatakan boleh jadi modal untuk penghisap rokok tegar untuk berhenti merokok. Yeker?? Gomez tengok sama je.

Siap bawak pengaruh buruk lak tu untuk budak-budak bawah umur, sekali dengan budak yang berada di sekolah rendah dah terpengaruh dengan benda alah ni. Bukan takat tu je, rasanya vape ni bawak kesan buruk pada otak sampai dorang tak boleh nak fikir haha!

Macam mamat sorang ni, bukan main bangga lagi dengan gambar dan caption yang dimuat naik di Facebook. Dah tak betul agaknya, nak tunjuk sempoi pun pada-pada la. Ada ka patut dok vape on bagai kat dalam mall.

Tak tahu ke dalam mall tu tempat dilarang merokok, vape tu sama spesis macam merokok la. Haishhh apesal bengong sangat. Spesis macam ni la yang buat orang benci sangat dengan kaki vaper. Jenis baru nak up.

Lepas tu buat kerek lak sapa tak puas hati mehh jumpa depan-depan. Aieee sombong tak padan dengan dia.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small