Berbaki 4 Perlawanan, Kedah Dan T-Team Terus Kejar Tahta Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Hari ini enam lagi aksi Liga Perdana akan berlangsung dengan pendahulu carta, Kedah bakal menyambut kunjungan JDT II di Stadium Darul Aman, malam ini.

Skuad Helang Merah sedang mendahului carta liga dengan himpunan 39 mata hasil daripada 18 perlawanan manakala lawannya itu, berada di tangga kelima dengan 27 mata. Pesaing terdekat, T-Team hanya ketinggalan dua mata dan bakal melayan DRB HICOM malam ini.

Kedah tidak harus melepaskan sebarang mata malam ini sekiranya ingin terus mendahului carta dan sekali gus bergelar juara.

Namun mereka perlu sedar, lawan malam ini, JDT bukan calang-calang pasukan. T-Team yang turut memburu kejuaraan musim ini, pastinya akan terus menekan Kedah dengan sasaran mata penuh harus dalam genggaman di laman sendiri malam ini.

Kemenangan 3-0 Kedah keatas Kuala Lumpur tempoh hari meletakkan pasukan Kedah hampir berjaya melangkah ke Liga Super 2016, dengan berbaki 4 lagi perlawanan.


Kedah hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk selesa mengesahkan tiket ke Liga Super tanpa perlu risau gangguan pasukan nombor 3 dan 4 carta liga.

Pada musim ini, Kedah hanya tewas sekali setakat ini dan ini merupakan rekod cemerlang pemain Kedah bersama Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe. Diharap Kedah mampu menggalas 4 lagi perlawanan sebelum Liga Premier 2015 berakhir tanpa mensia-siakan peluang yang sudah sah milik Kedah ini.

Penghuni tempat ketiga, PKNS FC pula menyambut Sabah di Stadium Hang Jebat malam ini.

Mereka juga perlu menang sekiranya ingin merebut kejuaraan selepas hanya ketinggalan enam mata kepada Kedah. Juara Liga Perdana secara automatik akan melangkah ke saingan Liga Super musim depan.

Berikut adalah jadual penuh aksi malam ini:

KUALA LUMPUR mln SPA KL (Std Merdeka, jam 4.45 petang)
T-TEAM mln DRB HICOM (Std Sultan Ismail, jam 8.45 malam)
PKNS FC mln SABAH (Std Hang Jebat, jam 8,45 malam)
PULAU PINANG mln NS MATRIX (Std Bandaraya, jam 8.45 malam)
KEDAH mln JDT II (Std Darul Aman, jam 8.45 malam)
KUANTAN FA mln UiTM FC (Std Darul Makmur, jam 8.45 malam).

VIDEO T-Team vs Kedah

ep2p-5small