Begedil daging

 Raya sebulan kan…. dan selagi tak habis bulan raya, jadinya open house pun masih nak buat jugak kan… dan begedil daging ni kak rose buat untuk digandingkan dengan soto masa open house untuk kawasan perumahan kat sini… bila buat untuk rumah terbuka memanglah banyak nak kena sediakan… so kak rose buat dua hari awal dan frozenkan… tiba harinya tinggal nak gorengkan saja… memudahkan kerja… dan ayam carik2 pun kak rose siapkan awal2… beli bahagian yg isi saja, gorengkan dan siat2 kan…

 dua packet daging cincang kak rose goreng dulu baru campurkan dengan kentang lenyek..

 2.5kg kentang yang telah direbus dan lenyekkan… ready untuk dicampur dengan bahan2 lain…

 dan ini lah jadinya… part of 150 biji begedil dah ready… frozenkan dulu n then boleh simpan dalam bekas..

 mula tu buat sikit dulu n try test… lembik ker, masin ker… Alhamdullilah semua ok jer..

 baru tau cara goreng begedil supaya minyak tak berbuih sbb telor tu…. goreng deep fry, bila dah timbul baru masukkan next biji… tapi kak rose tak tunggu pun, terus masuk jer…. hingga last gorengan minyak masih elok… tak berbuih! terima kasih Nora n Sha bagi petua ni.

1st batch untuk hidangan masa open house tu…Alhamdullilah semuanya mendapat feedback yang bagus…. kuah soto pun habis kering… nasib baik kak rose tak pegang kamera masa derang tungging periuk kuah  dan sambal kicap jawa kak rose tu… he he he

resepi yang kak rose guna….semua kak rose gandakan untuk begedil ni.

Bahan-bahan
1 kilo kentang (dikupas kulit)
400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu) (kak rose guna daging cincang)
50 gram daun bawang (dipotong halus)
50 gram bawang goreng
2 tangkai cili dipotong halus (untuk pedas, boleh tambah mengikut selera
1 sudu lada sulah
5 sudu tepung serbaguna (atau tepung goreng ayam)
3 biji telur (dipukul)
sedikit garam.
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara memasak
Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
Campurkan
kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang
goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga
sebati dan menjadi doh.
Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
Panaskan
minyak menggoreng. Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur
dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana
bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
Angkat dan siap dihidang.

ep2p-5small