
Pada perlawanan separuh akhir, beliau berjaya menewaskan pemain nombor 2 dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark yang sebelum itu berjaya menewaskan cabaran Lin Dan dari China di peringkat suku akhir. Beliau menang dalam 2 set iaitu 21-7, 21-19 dalam masa 42 minit. Bual Sukan percaya, Dato’ Lee Chong Wei mampu berdepan saingan getir pemain sensasi China ketika ini, Chen Long seterusnya merangkul gelaran dunia buat kali pertama. Kejayaan ini sekaligus mencerahkan lagi peluang beliau untuk terus meningkatkan ranking dunia sekaligus menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil akan datang. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Lee Chong Wei atas kejayaan bermakna beliau ini.