Awal Ashari tak boleh kena tegur bila berselfie terlampau dengan perempuan.

Bila jadi artis, setiap apa yang kita muatnaik kat laman sosial memang akan diperhatikan orang.. Kalau ada salah, terus kena tegur dengan peminat.. Miss A dok tengok pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya selalu kena tegur dengan peminat..

Terbaru, gambar selfie Awal dengan seorang gadis.. Gambar tu memang menarik perhatian follower Awal, sebabnya Awal nampak terlalu rapat dengan wanita tu, sampai berlaga pipi.. Tu yang peminat tegur,  sebagai seorang yang sudah berkahwin, mungkin peminat takut Scha jealous..

Memang Awal kena hentam teruk la dengan peminat.. Tapi, Awal sempat membalas komen pada salah seorang peminatnya.. Cara Awal balas komen tu pun dengan nada sinis, mungkin tak boleh terima teguran peminat tu..

Miss A  pun hairan, banyak-banyak gaya nak berselfie.. Kenapalah gaya berlaga pipi jugak yang Awal nak selfie? Lain kali nak bergambar, jangan la bergambar guna gaya  yang boleh mendatangkan fitnah..

Apapun, Miss A harap teguran dari peminat ini akan diterima baik oleh Awal.. “Buang yang keruh, ambil yang jernih”.. Benda baik tak salah pun ikut cakap peminat.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2