BenzemaLONDON: Arsene Wenger sudah pun mendapat lampu hijau untuk membawa masuk penyerang Real Madrid, Karim Benzema dengan rekod perpindahan kelab berkenaan.

Skuad The Gunners juga sedia membayar gaji lebih tinggi buat pemain itu, mengatasi Mesut Ozil yang menerima bayaran paling banyak sebelum ini iaitu STG150,000 seminggu bagi memikat sasaran nombor satu itu.

Wenger terdesak untuk mengikat Benzema pada musim panas ini, selepas yakin pemain berkenaan mampu membantu skuad bimbingannya untuk menjadi pencabar utama kejuaraan pada musim ini.


Justeru, kelab itu kini sudah sedia memecahkan rekod pembelian menerusi perjanjian membawa masuk pemain berkenaan.

Pasukan itu sedia membayar sebanyak STG42.5 juta kepada Ozil pada 2013 dan kini akan berbuat demikian ke atas Benzema pula dengan bayaran lebih tinggi.

Tatkala Real Madrid enggan melepaskan pemain, The Gunners sedar gergasi Sepanyol itu perlu ditawarkan dengan insentif lumayan bagi jika hendak berpisah dengan dia.

Arsenal bakal menerima kunjungan West Ham malam ini, dalam aksi pembukaan liga 2015/2016 – AGENSI.