Apam karamel tanpa telur

 apam hari merdeka…. buat petang semalam untuk cemilan dihari cuti merdeka. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 58 tahun…. merdeka kah jiwa dan minda kita?.. tepuk dada tanya selera… pasti jawapan ada dalam diri setiap pencari kan!

Bahan-bahan

1 cawan gula
¾ cawan air
***
masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar
keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. 

Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)

Bahan-bahan


1½ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak

Cara penyediannya



1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…

ep2p-5small