angel-di-maria-argentinaPEMAIN sayap Manchester United, Angel Di Maria yang semakin hampir menyertai Paris Saint-Germain (PSG)  akan didenda £360k kerana tidak menyertai kelab itu untuk ‘tour’ di Amerika Syarikat, menurut laporan.

Difahamkan, pemain dari Argentina itu akan menamatkan kerjayanya di Liga Perdana Inggeris minggu ini dengan menandatangani kontrak untuk bermain dengan PSG.

Media Perancis pada Khamis mendakwa bahawa kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan atas penjualan Di Maria, yang menyertai Manchester United dari Real Madrid pada Ogos 2014 dengan bayaran £59.7 juta.

Laporan turut mendakwa bahawa PSG akan membayar sebanyak £44 juta untuk memastikan mereka mendapat khidmat pemain itu.