Anak Pakai Seksi, Nabil Ahmad Ditegur Peminat

Pelawak Nabil Ahmad memang jarang dikaitkan dengan kontroversi.. Kalau dalam kalangan artis-artis Malaysia.. Nabil ni kiranya artis yang kurang kontorversi.. Sejak-sejak berkahwin dan ada anak-anak ni sikap matang tu dah tertanam dalam diri..

Orang yang dah matang ni memang selalu kurang kontroversi.. Tapi, ada sekeping gambar yang dimuatnaik kat akaun Instagramnya dah dapat teguran dari para followernya.. Kalau sebelum ini pelakon kecik Puteri Balqis ditegur sebab berbikini..

Kini anak Nabil pulak yang ditegur.. anak perempuannya yang pertama iaitu Naera Mikayla ditegur sebab berpakaian seksi.. Hmm.. seksi budak-budak jelah, Mika tampil berpakai seluar pendek.. Bagi netizen patut dari kecil jangan diajar berpakaian seksi..

Takut-takut terikut sampai dah besar nanti, tak lama lepas tu Miss A tengok gambar anaknya tu dah pun dipadam dari IGnya.. Mungkin Nabil tak nak perkara ini dijadikan kontroversi..

Apapun, komen peminat pasal pemakaian anaknya tu pun boleh tahan pedas.. Kau nak tegur pun, biar la kena caranya.. Jangan la sampai nak perli macam tu, nasib baik Nabil ni jenis tak cepat melatah.. Dia ambil keputusan padam je gambar yang boleh timbulkan kontroversi.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small