19 Wanita Dibunuh Kejam Selepas Menolak Seks Dengan Anggota IS

Kejam gila kumpulan militant IS ni, bunuh orang suka hati. Tu pun just sebab menolak ajakkan seks dengan diorang.

Seorang pegawai Kurdish tempatan, Said Mimousini yang mendedahkan kepada stesenn televisyen Iraqi News pasal kekejaman IS mebunuh sekumpulan perempuan!!

Sebelum semua perempuan ni dijalankan hukuman bunuh, diorang dikurung di ‘ibu kota’ IS di Iraq iaitu Mosul jauh nun disana dari Baghdad. Diorang tak ada pembelaan or perbicaraan. Kejam!!!

“Pelaksanaan hukuman mati itu dijatuhkan setelah wanita berkenaan menolak berhubungan seks dengan anggota IS,” ujar Said.

Menurut Said, IS didakwa mengurung ribuan perempuan yang ditangkap dari banyak tempat penduduk tempatan yang diorang tawan sebelum perempuan-perempuan tu dijual or dihadiah kepada anggota IS sebagai ganjaran.

Masih jahil dan kejam!! Kesiannya penduduk yang ditawan dan perempuan yang jadi mangsa nafsu serakah diorang tanpa pembelaan. Seorang utusan khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Zainab Bangura yang pernah pi Iraq mendakwa IS berjual beli perempuan macam berniaga bahan minyak mentah.

“Seorang perempuan boleh didagangkan enam lelaki berbeza dan kadang-kala anggota IS menjual gadis itu kembali kepada keluarga mereka dengan harga ribuan dolar AS sebagai tebusan,” ujar Zainab. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small