16 maha"sewel" mahu guling Najib ditangkap Polis dihadapan Parlimen.. #langkahsiswa

Polis sebentar tadi telah bertindak menangkap sekumpulan pelajar yang berkampung dihadapan bangunan Parlimen bagi tujuan mendesak Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan.

16 orang pelajar yang ditahan tersebut terdiri dari 13 lelaki dan tiga wanita telah dibawa ke balai polis Jinjang selepas mereka diangkut menggunakan “Black Maria” Polis.

Walaupun telah diberikan amaran dan diarahkan secara baik agar bersurai, kumpulan pelajar berkenaan menunjukkan sikap kurang ajar apabila tidak mengendahkan arahan pihak Polis dan mempertikaikan kuasa Polis untuk menahan mereka.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata pihak Polis telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.

Terdapat beberapa pelajar yang enggan memberi kerjasama ketika ditahan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang bertugas.

Sebelum ini, kumpulan berkenaan kononnya mahu menyelamatkan Malaysia dari kerajaan yang didakwa sangat zalim dan menindas rakyat. Mereka berikrar tidak akan berganjak dari bangunan Parlimen selagi Perdana Menteri tidak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pembangkang. – Utaranews.com