Xiaomi Redmi 2 Enhanced Edition Dengan 2GB RAM Akan Ke Malaysia 16 Julai Ini – Berharga RM459

Xiaomi Malaysia sebelum ini telah mengemaskini harga jualan untuk Redmi 2 sekaligus memberikan petanda untuk mula menawarkan Redmi 2 Enhanced Edition. Hari ini, ia disahkan dan Xiaomi Malaysia akan mula menawarkannya bermula 16 Julai ini.

Redmi 2 Enhanced Edition

Redmi 2 Enhanced Edition membawakan rekaan dan fungsi lebih kurang sama seperti Redmi 2 asal, tetapi membezakannya, ia menyertakan memori sebanyak 2GB RAM dan juga ruangan storan sebesar 16GB – berbanding versi asal hanya 1GB RAM serta 8GB storan.

Perkara lain adalah sama, termasuk pengguna cip Snapdragon 410, skrin bersaiz 4.7-inci, sokongan dwi-SIM LTE, kamera belakang 8-megapixel.

Redmi 2 Enhanced Edition ini akan dijual melalui laman rasmi Mi Malaysia pada harga RM459.




ep2p-2