Wanita melayu maut kena belasah dengan suami di pagi Syawal.

Wanita berusia 46 tahun ditemui maut selepas dipercayai dibelasah oleh suaminya yang mengalami masalah mental dalam kejadian di Lorong Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Brickfields, malam tadi.

Kejadian disedari oleh anak mangsa berusia 17 tahun kira-kira 8 malam itu ketika pulang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada ibu saudaranya untuk menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, apabila remaja itu masuk dalam rumah, dia mendapati ibunya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah berlumuran darah.

Menurutnya, maklumat awal yang diperolehi, suspek bergaduh dengan mangsa pada pagi sebelum berlaku pergelutan dan suspek dipercayai memukul mangsa dengan objek tumpul hingga mati.

“Siasatan awal polis percaya kejadian berpunca akibat cemburu. Suspek ditahan oleh anggota ronda balai Taman Tun Dr Ismail, malam tadi.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Suraiza Hamzah dan bekerja sebagai juruaudit di syarikat penerbangan tempatan. – HM

ep2p-5small