Wanita Diselamatkan Selepas 3 Hari Bersalin Dalam Hutan

SACRAMENTO – Seorang wanita California dilaporkan melahirkan anak di sebuah kawasan hutan simpan akibat terkandas selama tiga hari berikutan keretanya kehabisan minyak.

 

Amber Pangborn, 35, berkata dia sedang memandu ke rumah ibu bapanya Rabu lalu apabila tersesat ketika mengikuti jalan pintas.

 

Mengikut laman web SFGate.com, wanita itu berhenti di Hutan Simpan Plumas di Sierra Nevada selepas rasa sakit hendak bersalin.

 

Bersendirian, dia akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan, Marissa, kira-kira jam 5 pagi Khamis lalu.

 

Pangborn yang tidak memiliki telefon bimbit, mampu terus hidup dengan minum air, soda dan makan epal dalam keretanya, malah memulakan kebakaran kecil Sabtu lalu yang menarik perhatian penyelamat.

 

Jabatan Perkhidmatan Pertanian Hutan Amerika Syarikat mengesahkan kru yang menaiki helikopter dan jabatan bomba ‘mengenal pasti sebuah kenderaan dan dua individu di dalamnya, seorang ibu dan bayi baharu lahir.’

 

Pangborn bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas.

 

Kru bomba menghubungi Perkhidmatan Kecemasan Butte County yang kemudian menghantar ambulans untuk membawa Pangborn dan bayinya ke Hospital Oroville.

 

Ibu berkenaan dibenarkan keluar, bagaimanapun bayinya, Marissa dipindahkan ke Pusat Perubatan Davis Universiti California di sini. – Agensi

ep2p-2