Wan Azizah sanggup kawan dengan UMNO demi Haron Din.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini tampil menjelaskan bahawa partinya itu kekal berkawan dengan semua parti yang ada selagi parti itu selari dengan prinsip perjuangan PKR.

Beliau berkata demikian selepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din memberi kata dua kepada PKR, jika parti itu terus berdegil untuk menyertai gabungan pakatan baharu bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurut Wan Azizah, PKR bebas berkawan dengan sesiapa selagi parti itu tidak ditikam dari belakang oleh parti lain.

Katanya, beliau tetap berkawan dengan ‘sahabat’ lama walaupun telah menjumpai ‘sahabat’ baru yang mempunyai perjuangan yang sama.

Tambahnya, Pas tidak boleh mengungut beliau untuk memberi kata putus kerana beliau berkawan dengan semua parti termasuklah parti Umno sendiri.

“Kita semua berkawan. Kita terbuka dengan perjuangan yang sama. Kita berkawan kerana kerangka dasar yang sama dikongsi dengan sesiapa sahaja yang berfikiran sama, termasuk rakyat yang peduli tentang krisis nasional yang menjejaskan negara.

“Sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan sama, kami alu-alukan mereka bersama kami berjuang mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi dan politik yang kita hadapi,” kata Wan Azizah.

Haron din sebelum ini mengugut akan memutuskan hubungan jika PKR memilih DAP selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengeluarkan kenyataan satu pakatan pembangkang baru bakal terbentuk.

“Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak me­nu­buhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” kata Haron Din.-Utaranews.com-

ep2p-2