The United States celebrates after winning the FIFA Women's World Cup Canada 2015Pasukan Amerika Syarikat memastikan gelaran Piala Dunia Wanita 2015 menjadi milik mereka setelah mengalahkan Jepun 5-2 di Stadium BC Place, Vancouver, Kanada sebentar tadi.

Kapten Carli Lloyd menjadi wira kemenangan AS dengan jaringan hattrick yang diciptakannya hanya dalam masa 13 minit (3′, 5′, dan 16′). Sementara dua gol AS lainnya dijaringkan oleh Lauren Holiday dan Tobin Heath.

Lloyd menjadi pemain pertama yang mampu mencipta hattrick di final Piala Dunia Wanita. Pemain tengah kelab Houston Dash itu juga menjadi pemain kedua setelah Geoff Hurst (1966) yang mampu menbuat hattrick di final Piala Dunia.

Jepun gagal menampilkan permainan terbaiknya setelah ketinggalan dengan empat gol hanya dalam masa 16 minit permainan baru berlangsung. Juara bertahan itu hanya mampu membalas dua gol melalui Yuki Ogimi minit ke-27 dan gol sendiri Julie Johnston minit ke-52.

Kemenangan ini membolehkan AS membalas dendam terhadap Jepun. Empat tahun lalu pada final Piala Dunia Wanita 2011 yang berlangsung di Jerman, AS kalah kepada Jepun melalui sepakan penalti.

Ini adalah gelaran Piala Dunia Wanita ketiga bagi AS, setelah menjuarainya pada 1991 dan 1999.

Kejayaan AS menjadi lengkap setelah Lloyd terpilih sebagai pemain terbaik edisi kali ini. Selain itu, pemain tengah yang gagal menyempurnakan penalti di final empat tahun lalu itu menjadi penjaring terbanyak kejohanan.

Lloyd berkongsi gelaran penjaring terbanyak kejohanan dengan penyerang dari Jerman, Celia Sasic. Kedua pemain berjaya menjaringkan enam gol.

Highlights