Embedded image permalinkSkuad bola sepak negara terlepas slot automatik ke Sukan Universiti Dunia Taiwan pada 2017 apabila tewas kepada Mexico 1-3 dalam penentuan tempat ke 12 terbaik.

Beraksi di Stadium Awam Gochang, dua tonggak utama, Saiful Ridzuan Selamat dan A. Thamil Arasu kembali memperkuat skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 18 menerusi jaringan Thamil dari luar kotak penalti.

Kegembiraan Malaysia tidak kekal lama apabila Mexico berjaya menyamakan kedudukan enam minit kemudian menerusi jaringan Luis Villanueva Medrano sebelum Martin Hernandez Loya mencetak gol kedua minit ke 30.

Bersambung babak kedua, Mexico dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 83. Ketua pasukan, Jose Antonio Rizo Belloso tenang menyempurnakan peluang itu sekaligus keputusan menutup perlawanan Malaysia 1 Mexico 3.

Highlights