Embedded image permalinkPresiden FIFA Sepp Blatter telah dikejutkan dengan mandian wang kertas palsu oleh seorang lelaki di ibu pejabat FIFA di Zurich hari ini.

Lelaki tersebut seorang pelawak, Lee Nelson telah datang kepada Blatter dengan dua ikat wang kertas. Dipercayai sebelum melontarkan Blatter dengan wang tersebut sambil berkata, “Sepp ini untuk Korea Utara tahun 2026″ sebelum pihak pengawal datang membawa Nelson keluar.

Baca: Sepp Blatter Nafi Letak Jawatan, Cuba Pertahan Jawatan

Terdahulu FIFA telah mengumumkan mereka akan menangguhkan dulu kongres khas untuk mencari pengganti presiden yang baru. Ini bermakna Blatter masih memegang kuasa untuk 7 bulan akan datang.