MENYEDIHKAN.. seorang jiran yang tidak tahan melihat seorang warga emas diperlakukan dengan kejam oleh keluarga sendiri, bertindak merakam bukti untuk membantu warga emas terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

Dalam video yang dimuatnaik di Facebook ApohTecky Numero lantas mencetuskan viral semalam, dapat dilihat warga emas terbabit sedang menyapu sampah di depan rumahnya sebelum ditampar oleh anak perempuannya sendiri dengan kuat di muka.

Menurut perakam, kejadian ini sudah lama disaksikan keluarganya selaku jiran yang amat simpati dengan warga emas tersebut namun tak mampu berbuat apa-apa.

mkcik kena tampar1
Tambah memilukan, wanita itu seorang yang ceria sebelum bertukar menjadi pemurung malah kepalanya juga dikatakan dibotakkan oleh keluarga sendiri manakala wajahnya kadangkala dilihat mempunyai lebam kesan pukul.

Susulan video yang tersebar ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura telah bertindak pantas menyelamatkan wanita terbabit manakala anaknya ditahan bagi membantu siasatan.

Fullscreen capture 7212015 45109 PM

– MYNEWSHUB.CC