VIDEO Peluang Ke Olimpik Hampir Tertutup, Beng Hai Salahkan Penjaga Gol

Ketua jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai tidak menyalahkan penjaga gol, Roslan Jamaluddin yang melepaskan dua gol mudah ketika tewas, 2-3 kepada India untuk memusnahkan peluang keemasan ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Roslan beraksi dibawah keupayaan sebenar dalam perlawanan kelompok 8 pasukan terbaik separuh akhir Liga Dunia.

Dia melepaskan 2 gol pukulan sudut penalti diambil pemain muda india, Jasjit Singh. Apa yang mengecewakan, Jasjit menolak terus ke arahnya, namun, Roslan gagal mempertahankan pintu gol.

Difahamkan Jasjit mengkaji kelemahan Roslan beberapa hari sebelum pertemuan tersebut. Langkah itu berbaloi apabila India memusnahkan peluang keemasan Malaysia ke sukan Olimpik Rio 2016.

Dalam pada itu, Kapten hoki negara, Muhammad Razie Abd Rahim mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana terlepas peluang keemasan untuk layak awal ke Sukan Olimpik.

Embedded image permalink

Jadual perlawanan merebut tempat kelima

Peluang skuad hoki negara untuk ke Sukan Olimpik tahun depan hampir pasti tertutup selepas anak-anak buah Tai Beng Hai tumpas 2-3 kepada India dalam perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium.

Kekalahan itu menyebabkan skuad negara terpaksa mengharapkan peluang tipis yang diberikan kepada beberapa pasukan, termasuk yang berada di kedudukan lebih baik berbanding Malaysia, menerusi senarai menunggu untuk ke Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Untuk mendapatkan peluang tipis itu, Malaysia perlu menamatkan kejohanan ini dengan menduduki tempat kelima dalam aksi klasifikasi.

Highlights

ep2p-2