Video panas Muhyiddin kini dalam siasatan Polis..

Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan berkaitan 1MDB akan meneliti video bocor Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya sama ada maklumat baru itu akan dikendalikan oleh pasukan petugas berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjawab: “Ya”.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai video tersebut, yang telah tersebar luas.

“Saya tidak akan komen mengenai siasatan ke atas 1MDB kerana sudah ada pasukan petugas yang mengendalikannya.

“Saya tidak akan buat apa-apa komen,” katanya berulang kali, ketika ditanya sama ada pihak polis akan menyiasat dakwaan tersebut.

Khalid adalah anggota pasukan petugas khas itu, yang juga dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara.

Dalam klip video selama 57 saat, Muhyiddin mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

Muhyiddin berkata demikian ketika bertemu dengan beberapa tetamu di rumahnya pada hari Selasa selepas Najib menggugurkannya dari kabinet.

ep2p-2