PADAH memperlekeh serta mempermainkan seekor lembu jantan, seorang lelaki yang mahu tunjuk hebat akhirnya pengsan disondol oleh haiwan itu.

Sememangnya lembu jantan sering dijadikan bahan hiburan di sesetengah negara walaupun meraka juga tahu akan akibat buruk yang bakal dihadapi kelak.

Tidak serik dengan pelbagai insiden yang berlaku, seorang lelaki yang dipercayai dari Sepanyol telah menerima balasan selepas membaling pasir ke muka lembu jantan tersebut.

Lembu jantan yang dipasangkan api di tanduknya itu telah bertindak tepat pada masanya untuk memberi pengajaran kepada lelaki itu.

Melalui video yang viral itu, lelaki tersebut ditanduk ke udara sebelum jatuh pengsan di tanah dan rasanya dia memang layak diberi pengajaran sebegitu.

Rakaman berdurasi 34 saat itu pada akhirnya menunjukkan tubuh mangsa yang longlai sebelum segera ditarik keluar oleh petugas di kawasan berkenaan.