Video: Koleksi Dubsmash Raya Yang Mencuit Hati

NAMPAKNYA ‘mood’ raya masih tetap dirasai meskipun rata-rata umat Islam dan perantau khususnya sudah pulang ke ibu kota untuk menjalani rutin harian bekerja.

 

Buktinya, platform media sosial masih ‘meriah’ dengan perkongsian foto-foto menarik sepanjang menyambut syawal, mahupun menghadiri rumah terbuka.

 

Namun, apa yang lebih menarik dan mencuit hati, populariti aplikasi Dubsmash nyata menarik perhatian pengguna media sosial untuk menghasilkan dan menunjukkan pelbagai ragam serta aksi ketika beraya.

 

Pastinya anda tidak akan kering gusi melihat telatah pengguna media sosial yang boleh disifatkan begitu kreatif dan lawak dalam menghasilkan video berkenaan dengan berlatar belakangkan lagu raya yang masih segar dalam ingatan.

 

 

 

 



This entry was posted in Gaya Hidup, Terkini and tagged Dubsmash Raya. Bookmark the permalink.

ep2p-2