VIDEO Dortmund Belasah Kelab Liga Jepun, Turun Kesebelasan Terbaik Bertemu JDT

BORUSSIA Dortmund akan turun dengan kesebelasan terbaik pada aksi persahabatan menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunus, Larkin malam ini.

Walaupun ia sekadar aksi ‘pemanas badan’ buat kelab Liga Jerman itu, namun mereka tetap mahu membuktikan kualiti yang ada pada mereka, lebih-lebih lagi dengan reputasi selaku juara Liga Jerman sebanyak lapan kali.

Pemain tengah, Shinji Kagawa sudah pasti menjadi tumpuan dan dia antara pemain bintang yang bakal mengisi kesebelasan utama pada aksi menentang Johor DT malam ini.

Kagawa akan mengetuai barisan bintang Borussia Dortmund menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan persahabatan antarabangsa pertama antara kedua-dua kelab berkenaan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin, malam esok.

Kagawa yang kembali ke Signal Iduna Park dari Manchester United musim lalu, adalah antara 27 pemain yang disenaraikan Dortmund pada siri Jelajah Asia 2015.

Selain Kagawa, pemain lain yang bakal menghiburkan peminat tempat sudah pastinya Mats Hummels, Henrikh Mkhitaryan, Marco Reus, Gonzalo Castro, Jeremy Dudziak, Mitsuru Maruoka, Jon Stankovic serta Matthias Ginter.

Saksikan perlawanan ini secara streaming di bptvstream.com

Sebelum membuat perhitungan dengan Johor DT, Dortmund telah mengadakan aksi persahabatan dengan kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada Selasa lalu yang menyaksikan mereka menang 6-0.

Pada perlawanan tersebut Kagawa, Maruoka dan Pierre-Eme­rick Aubameyang masing-masing menjaringkan dua gol.

Dortmund tiba di Singapura semalam dan hari ini mereka akan bertolak ke Johor Bahru untuk sesi bertemu peminat di Puma Store, Komtar JBCC pada pukul 2.30 petang sebelum menghadiri satu lagi sesi di Al-Ikhsan Mega­store di Bandar Baru Uda.

Video Dortmund tewaskan Kawasaki Frontale 6-0

ep2p-5small