UMI Zero 2 – Sebuah Lagi Peranti Android Dengan Dwi Skrin

Di pasaran sekarang hanya YotaPhone mempunyai dua skrin pada satu peranti. Skrin hadapan adalah skrin LCD manakala skrin pada bahagian belakang pula adalah skrin e-ink. Penggunaan skrin e-ink akan mengurangkan penggunaan bateri sekiranya anda menggunakan peranti untuk membaca e-buku. Pasaran peranti dengan dua skrin kini semakin meriah dengan UMI Zero 2.

Umi Zero 2

UMI ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di China dan Zero 2 mempunyai rekaan seperti sebuah YotaPhone. Spesifikasi rasmi belum diumumkan tetapi diangka mempunyai skrin 5.2″ HD Penuh, pemproses MediaTek MT6752, RAM 3 Gigabye dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 8 Megapixel pada bahagian hadapan. Ini meletakkannya sedikit lebih berkuasa berbanding YotaPhone 2. Nantikan kemunculannya dalam jangka masa terdekat.




ep2p-5small