Tutup akaun Twitter – Ramai peminat Azwan Ali (DIVA AA) menangis..

Akibat dari penutupan laman Twitter milik selebriti kontroversi Azwan Ali, ramai peminat beliau diseluruh negara dilaporkan menangis.. Jangan terkejut.., memang benar mereka menangis tetapi tidak dapat dipastikan pula sama ada tangisan gembira mahupun berduka ye..

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai DIVA AA dilaman sosial, bertindak menutup akaun Twitternya kerana mungkin tak tahan dengan kecaman pelbagai pihak.

Sebelum ini, Azwan dikecam teruk kerana siri-siri kontroversi yang ditimbulkan oleh beliau.. Malah, bahasa yang kasar serta maki hamun sudah menjadi kebiasaan selebriti tersebut..

Walaupun ramai yang terkejut dengan penutupan akaun berkenaan, ramai juga yang bersyukur kerana menganggap selebriti berkenaan sudah insaf dan menemui jalan keimanan..

Tetapi jika dilihat dari posting beliau yang terakhir dilaman berkenaan sebelum ditutup, ternyata DIVA AA masih lagi belum berubah malah semakin kronik bahasa yang ditunjukkan..

Apapun, kita doakan yang terbaik buat umat melayu yang sorang ni.. Mungkin beliau akan berubah dan menjadi muslim yang baik suatu hari nanti.. – Big B/Utaranews.com

ep2p-5small