Turki Kaya Dengan Sejarah

 

SAM_2896SAM_3431

Oleh  Anna Haryati Ghazali

SEKIRANYA anda bercadang melancong ke Turki rancanglah untuk melihat keseberapa banyak tempat menarik untuk dikunjungi, kerana walaupun kota Istanbul itu besar dan indah tetapi masih tidak dapat bercerita tentang keindahan alam semulajadi dan sejarah kegemilangan Turki sebenarnya. Dan mengapa ia menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan takluknya termasuklah empayar Rom.

Sejarah kegemilangan Turki tidak cukup dengan keindahan Masjid Biru, Istana Topkapi, Haegia Sofia, Masjid Sultan Suleyman, Masjid Sultan Ahmed serta dua buah bazaar yang besar  di dunia itu, kerana lebih banyak keindahan alam semula jadi kurniaan Allah apabila anda berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Pamukkale, Cappadocia, Konya, Bolu, Bursa dan banyak lagi.

Istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu laut Hitam dan laut Marmara di samping selat Bosphorus.

Kota Istanbul terdapat kira-kira 20 juta penduduk, 3 peratus tinggal di bahagian Istanbul sebelah Eropah atau Barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih 6 juta rakyatnya dari Asia akan menyeberani selat Bosphorus untuk bekerja di sebelah bahagian Barat.

Kebanyakan rakyat Turki tidak mampu tinggal di bahagian Barat kerana taraf hidup yang terlalu tinggai selain dari harga rumah yang terlalu mahal.

Biasanya pelancong apabila tiba di Istanbul mereka disajikan dengan keindahan Masjid Biru, Haegia Sofia, dan Istana Topkapi yang cukup popular itu. Selain dua buah Bazar yang terkenal iaitu Spice Bazar yang dibina kurun ke 7 masihi yang di dalamnya terdapat lebih 3,000 buah kedai, sementara Grand Bazar yang dibina oleh Sultan Ahmed 11 pada tahun 1481 pula terdapat lebih 4,000 buah kedai.

Walaupun di kedua dua buah bazaar ini menjual pelbagai jenis barang yang lebih kurang sama seperti  makanan, pakaian lelaki dan perempuan, permaidani, rempah ratus, halwa, perhiasan rumah, hiasan lampu hinggalah kepada pakaian kanak-kanak dan perhiasan batu permata dan emas berlian. Namun setiap hari bazaar ini sentiasa penuhi dengan ribuan manusia datang membeli-belah. Tak kira sama ada pelancong atau rakyat tempatan.

Ketika rombongan kami tiba di Istanbul, sebelum kami terus di bawa melihat sekitar kota Istanbul di sebelah bahagian Barat, bas kami berhenti  di jambatan Galata yang popular kepada kaki pancing untuk kami bergambar merakamkan kenangan dan pemandangan yang sungguh indah. Kemudian kami terus di bawa ke taman yang cukup indah di Camlica Hill

Turki bukan sahaja luas, tetapi mempunyai sejarah lampau yang cukup menarik, dan buminya disertakan dengan keindahan alam semula jadi yang istimewa dan tanahnya yang subur kerana itu tidak hairanlah Turki menjadi idamankan para zaman dahulu seperti empayar  Greek dan Rom. Selain itu Turki juga menjadi sebahagian dari laluan Sutera yang popular ke negara-negara rantau Asia pada zaman dahulu.

Di kota Istanbul, juga terdapat lebih 2,000 buah masjid lama tinggalan sejarah silam di bawah pemerintahan Ottoman dengan keindahan reka bentuknya yang cukup menarik, ada antaranya masih digunakan hingga kini, disamping 600 buah masjid yang baru dibina kerana bilangan penduduknya yang ramai. Selain itu terdapat juga Istana dan gereja lama yang cukup bersejarah tinggalan empayar Rom dan Greek.

Pada zaman kegemilangan Empayar Rom di Eropah, Turki pernah menjadi  jajahan takloknya dan kota Istanbul  dikenali sebagai Constantinopole tetapi setelah ditawan oleh orang empayar Islam nama kota ini ditukar kepada Istanbul hinggalah sekarang.

Istanbul di sebelah Eropah masih terdapat tembok yang tinggi mengelilinginya sebahagian kota ini sepanjang lebih 25 km. Walaupun banyak yang telah runtuh, tetapi saki baki runtuhannya masih boleh dilihat hingga kini. Selain bangunan lama.

Bergerak ke kota Bursa dengan menaiki feri menyeberangi laut Marmara di kiri kanannya anda akan dapat melihat banyak kota, istana lama dan bangunan-bangunan besar yang memukau pemandangan.

Di Bursa juga terdapat banyak tinggalan sejarah termasuklah Masjid Besar, Masjid Hijau dan makam pemerintah Islam zaman dahulu selain Pasar Sutera. Tetapi jangan terkejut tiada sehelaipun kain sutera yang cantik dapat anda lihat di sini jika anda bayangkan seperti yang anda pernah saksikan ketika melancong ke Beijing, China.

Dari Bursa rombongan kami berkunjung ke Pamukkale. Di sini juga terdapat banyak tinggalan sejarah Empire Rom. Salah satu kota tinggalan Rom yang terkenal ialah Herapolis yang cukup luas. Selain runtuhan istana terdapat juga beberapa buah teather yang cukup popular pada zaman dahulu.

Pamukkale juga terkenal kerana Catton Castle atau Istana Kapas tetapi ia bukan sebuah istana raja, sebaliknya sebuah kolam air panas yang cukup indah terjadi dari letupan gunung berapi. Ia cukup popular  kerana airnya didakwa boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kerana itu ramai penduduk menetap sekelilingi kawasan Catton Castle ini untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang dihidapi.

Jadi tidak hairanlah di kawasan ini terdapat banyak kubur-kubur lama, apabila penyakit yang dihidapi tidak dapat dirawat. Termasuklah kubur Ammianos Marcus Aurelius salah seorang pemerentah zaman dahulu.

Cotton Castle terletak di atas sebuah bukit setinggi 100 meter dari atasnya mengalir air panas yang membentuk teres-teres yang cukup indah. Istimewanya air gunung berapi ini adalah campuran mineral berkarbonat, kalsium dan sebagainya yang menyebabkan teres-teresnya  berwarna putih dan airnya sudah pasti panas.

Oleh kerana itu tidak hairanlah pemerintah empayar Rom dan Byzantine berusaha menawan Pamukkale dan  membina kotanya ke kawasan berhampiran yang dinamakan kota Roman Hierapolis. Kerana di sini tersedia ramai penduduk datang dari merata tempat di Turki.

Di kaki Catton Castle ini juga terbentukt beberapa buah kolam dalam pelbagai bentuk ada kecil dan besar. Kerana airnya sentiasa panas ia dijadikan sebagai spa sejak abad ke-2 sm lagi. Dan hingga kini ia masih digunakan terutama pana musim sejuk.

Kerana keindahan alam semulajadinya jugalah UNESCO telah menjadikan  kawsan sekitar kota Hierapolis ini sebagai kawasan kajian mereka termasuk Cotton Castle yang keindahan  tetap terjaga dengan baik, walaupun telah berusia beribu tahun.

Meneruskan perjalanan ke Cappadocia atau Kapadokia anda pasti terpukau dengan keindahan alam semula jadi dengan batu yang pelbagai bentuk beribu-ribu ekar luasnya di lembah Pasabeg. Di kawasan ini juga terdapat kota bawah tanah Kaymakli yang satu ketika dahulu menjadi tempat tinggal manusia dan sebagai tempat perlindungan daripada perompak dan lanun yang sering menyerang para pedagang  . Hingga kini ia masih didiami.

Lembah ini jugalah menjadi jalan paling popular pada zaman dahulu kerana ia menjadi laluan para pedagang dari Arab dan Eropah ke Timur dan begitulah sebaliknya, untuk merentas ke rantau Asia yang dinamakan Laluan Sutera.

Keindahan kawasan lembah yang berbukit batu dengan pelbagai bentuk ini menjadi tarikan pembuat filem Hollywood menjadikannya sebagai lokasi pengembaraan filem seperti filem Ghost Rider : Spirit of  Vengeance termasuk sebuah Roman theatre di Pamukkale. Oleh kerana indahnya kawasan ini, UNESCO telah menamakannya sebagai kawasan bersejarah.

Kepada mereka yang sukakan aktiviti mencabar anda boleh mencuba menaiki Belon Udara Panas melihat keindahan kawasan lembah ini dari atas. Setiap pagi berpuluh-puluh belon udara panas dilepaskan kerana ia menjadi kegemaran pelancong dari Eropah khususnya dari Jerman untuk melihat dan menekmati keindahan alam semulajadi di lembah ini.

Pendek kata jika anda penggemar keindahan alam semulajadi dan sejarah zaman silam anda tidak patut tinggalkan Turki dalam jadual kunjungan anda. Umpamanya Kota Roman Hierapolis ini ia merupakan sebuah bandar purba Yunani-Rome yang cukup terkenal yang dibina kurun ke-2 SM.

Demikian juga Istana Topkapi yang mula dibina pada tahun 1470 oleh Sultan Ahmed 11 selepas menawan Turki dari pemerintahan Constantainople pada tahun 1465. Terletak di kawasan yang luas, Istana ini bukan sahaja menjadi kediaman keluarga diraja, malah menjadi pusat pentadbiran pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Kini ia menjadi muzium yang mesti dilawati. Kerana di sini tersimpan pedang didakwa milik Rasulullah, berlian yang terbesar didunia dan pelbagai khazanah tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Uthmaniah ,

Demikian juga Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed 11 yang dibina menggantikan Haegia Sofia yang dijadikan masjid ketika Sultan Ahmed menawan Turki. Bagaimana pun selepas terbinanya Masjid Biru, Haegia Sofia dahulunya gereja telah dijadikan muzium yang terkenal hingga kini. Kedua-duanya terletak di kawasan berhampiran.

Selain itu terdapat banyak lagi tempat bersejarah di Turki seperti Canakkale, Iznik, Izmir, Kusadasi dan Antalya. Di semua bandar ini terdapat banyak tinggalan sejarah dengan runtuhan-runtuhan kota purba zaman sebelum masihi dan empayar Rom. Selain keindahan alam semulajadi yang memukau pemandangan.

SAM_2933SAM_2942SAM_3009

 

ep2p-2