Trailer Untuk Dokumentari Steve Jobs – The Man In The Machine Diterbitkan

Sebelum ini, kita telah melihat filem Steve Jobs ditayangkan di pawagam, selain satu lagi variasi filem kisah hidup Steve Jobs akan hadir dalam beberapa bulan dan ditayangkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu pada bulan Oktober ini. Selain daripada filem, sebuah dokumentari berkaitan bekas CEO Apple juga bakal hadir tidak lama lagi, dengan tajuk Steve Jobs – The Man In The Machine.