Tony Pua, Rafizi Dihalang Ke Luar Negara

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kecewa kerana dihalang keluar negara mulai hari ini.

 

Dalam sidang media di sini hari ini, Pua berkata, beliau terkejut apabila diberitahu pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (KLIA), beliau tidak boleh berlepas ke Jogjakarta untuk menghadiri satu festival kesenian di republik itu.

 

Dalam pada itu, Pua turut menafikan pernah bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat berhubung 1MDB.

 

Selain Tony, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut disenaraihitamkan daripada dibenarkan ke luar negara.

 

“Saya baru dimaklumkan bahawa Tony Pua telah dihalang dari meninggalkan negara atas penglibatan beliau mendedahkan kes 1MDB (1Malaysia Development Behad).

 

“Ekoran itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Tony Pua.

 

“Oleh yang demikian, saya mengesyaki saya juga telah disenarai hitamkan dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.