Tolak Tawaran Lakonan, Akim AF Risau Diboikot Pihak Penerbit

Advertisement

Sedia maklum penyanyi Akim AF kini bukan hanya bergerak secara solo malah beliau kini bergerak secara berkumpulan bersama kumpulan The Majistreet.

Akim AF yang kini sibuk memberi fokusnya terhadap kerjaya nyanyian bersama kumpulan The Majistreet akui bimbang diboikot pihak penerbit drama gara-gara sering menolak tawaran berlakon sejak akhir-akhir ini.

Menarik artikel sebelum:- Akim Lebih Selesa Bersama The Majistret

Tolak Tawaran Lakonan, Akim AF Risau Diboikot Pihak Penerbit

“Sekarang ini saya memberi fokus penuh terhadap kerjaya muzik bersama The Majistreet sehinggakan terpaksa tolak tawaran berlakon.

“Tetapi itulah, saya risau kekerapan menolak tawaran berlakon membuatkan penerbit-penerbit pun dah serik dengan saya,” katanya.

Tolak Tawaran Lakonan, Akim AF Risau Diboikot Pihak Penerbit

Menurut Akim AF, dia bersama kumpulannya bakal muncul dengan album terbaru dimana memuatkan 7 buah lagu. Tambahnya lagi bersama kumpulan The Majistret banyak memberinya pengalaman buat dirinya untuk menjadi seorang yang lebih matang.

“Alhamdulillah, Akim And The Majistreet bakal muncul dengan produk baharu. Kami menghasilkan lagu dengan penuh teliti agar setiap karya dapat diterima ramai.

“Bersama kumpulan ini memberikan banyak pengalaman buat diri saya dalam menjadi seorang yang lebih matang,” ujarnya.

Bagi penulis sendiri rezeki itu ada dimana-mana. Tak gitu? Jadi tak perlu risau.

6 total views, 6 views today

ep2p-2