Tipu Kalau Saya Cakap Saya Tidak Punya Perasaan Suka Terhadap Dia – Azwan Kombos

Advertisement

Setiap dari kita pasti pernah merasai kegagalan dalam bercinta. Begitu juga dengan pelakon Azwan Kombos yang turut sama merasai situasi itu apabila terdahulu beliau pernah dikaitkan dengan Nad Zainal. Walaupun pernah menemui kegagalan dalam bercinta itu tidak mematahkan semangat bagi Azwan Kombos untuk mencari pengganti.

Kini, sifat keterbukaan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang berkongsi gambar di laman Instagram termasuk dilihat seperti belangkas di acara hiburan pastinya mengundang pelbagai andaian dari pelbagai pihak.

Menarik artikel sebelum:- Azwan Kombos Terpaksa Jadi ‘Sado’ Demi Kerjaya Seni?

Tipu Kalau Saya Cakap Saya Tidak Punya Perasaan Suka Terhadap Dia - Azwan Kombos

Walaupun untuk jatuh cinta pada seseorang itu mengambil masa yang singkat namun beliau enggan merosakkan persahabatan yang sedang terbina.

“Macam apa yang saya pernah cakap sebelum ini, saya memang berkawan rapat dengan Ezzaty. Saya kenal dia sudah lebih daripada lima bulan.
Dan saya rasa kalau untuk jatuh cinta dengannya suatu hari pun boleh.

“Tapi saya tak mahu rosakkan persahabatan kami disebabkan cinta. Sebab apabila sudah bercinta dan jika bukan jodoh bersama, mungkin sukar untuk kami berkawan rapat semula seperti sekarang.

Tambah Azwan Kombos lagi beliau selesa dengan Ezzaty memandangkan ini bukan kali pertama beliau bercinta.

“Saya selesa dengan keadaan sekarang. Sebab saya bukannya kali pertama bercinta. Banyak belajar daripada pengalaman lepas,” katanya.

Walaupun ada menyimpan perasaan terhadap Ezzaty namun bagi Azwan Kombos, beliau tidak mahu terburu-buru dalam setiap tindakan yang dilakukan.

“Tipu kalau saya cakap saya tidak punya perasaan suka terhadap dia. Kalau saya tak suka, takkanlah saya sanggup menghabiskan masa saya bersama dia. Tapi, apa-apa pun nak buat sesuatu tak boleh terburu-buru.

Tipu Kalau Saya Cakap Saya Tidak Punya Perasaan Suka Terhadap Dia - Azwan Kombos

Menurut Azwan Kombos, beliau kini lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum namun tidak menolak untuk mengongsi berita baik pada masa akan datang.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk tidak berkongsi banyak kisah peribadi kepada tatapan umum. Tapi benda yang baik saya mesti akan kongsi. Sekarang pun lebih kepada memperbaiki diri daripada aspek kewangan, kehidupan dan agama.

“Soal cinta bukan satu keutamaan tapi lebih kepada melengkapi. Cinta tetap akan datang. Kuncinya sabar,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Azwan Kombos bakal muncul dalam filem terbarunya, Jangan Ambil Rumah Kami bermula 20 Ogos depan dan diikuti dengan Badi pada 15 Oktober.

193 total views, 193 views today

ep2p-5small