Tips cari suami yang baik oleh Minah Facebooker..

Haaaaa… Elok!! Kalau ada minah mana-mana yang ikut tips yang diberikan oleh budak tak betul ni…. Satu je Gomez nak tanya. Korang memang kawan baik ehhhh dekat hospital Tanjung Rambutan haha! Bukan apa, memang tersangat bengap la kalau korang ikut tips yang minah ni bagi.

Ada ka patut suruh cari calon suami yang sudah tiada ibu kandung.. Gomez ingatkan sebab lebih bertanggungjawab. Iyela dah mak takde so kena la jaga adik-adik yang lain, rupa-rupanya bukan macam tu hahaa!

Sebab suruh cari bakal suami yang dah takde mak kononnya nanti dapat perhatian lebih. Alasan yang minah ni bagi kalau lelaki tu takde mak so dia akan lebihkan isterinya dari mak sendiri, yela dah mak takde nak lebihkan apanya.

Owwwww selama ni suami-suami kat luar sana memang lebihkan ibu ker?? Gomez rasa sama ja…Isteri yang tak faham keadaan suami yang akan berfikiran macam tu. Hellooooo..Syurga seorang anak tu kat bawah tapak kaki ibu okey.

Bukannya syurga lelaki kat bawah tapak kaki isteri yang sampai 24 jam nak berkepit ke hulu hilir macam belangkas. Isteri tu yang sebenarnya kena dengar cakap suami sebab syurga dorang bawah tapak kaki suami. Kalau macam ni la perangai tobat tak buat jadi bini.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small