Tidak Sihat, Syarul Ridzwan Tidak Dapat Sambut Raya!

Advertisement

Sebut sahaja nama Syarul Ridzwan pasti ramai yang mengenali mana taknya pernah meletop dan popular suatu ketika dahulu menerusi drama #Hati Perempuan. Lebih mantap dan popular lagi bila digandingkan dengan pelakon Mia Ahmad yang sememangnya tengah meningkat naik.

Sempena lebaran yang telah tiba beberapa hari yang lalu, pelakon Syarul Ridzwan hanya berehat di rumah keluarganya di Bangi pada sambutan Aidilfitri berikutan tidak sihat.

Menarik artikel sebelum:- Syarul Ridzwan Berazam Elak Babak Keterlaluan Dalam Lakonan

Tidak Sihat, Syarul Ridzwan Tidak Dapat Sambut Raya!

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, memuat beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya dan menerima komen daripada peminat yang mendoakan kesihatan beliau.

Syarul Ridzwan ketika dihubungi menjelaskan, doktor tidak mengesahkan beliau menghidap demam denggi dan beliau juga berharap ia hanya demam biasa.

“Saya tak rasa ini demam denggi tetapi memang saya belum sihat sepenuhnya. Suhu badan pun tak menentu. Kepala saya juga pening-pening.

“Saya ada bersama dengan keluarga di Bangi tetapi sekadar berehat di rumah. Kalau nak berjalan-jalan mengunjungi rumah saudara-mara, tak larat rasanya,” katanya.

Beliau turut mencuba pelbagai petua khas untuk pesakit demam denggi yang disarankan peminat, termasuk minum sup ketam walaupun beliau alah dengan makanan laut itu.

Tidak Sihat, Syarul Ridzwan Tidak Dapat Sambut Raya!

Tidak Sihat, Syarul Ridzwan Tidak Dapat Sambut Raya!

Banggalah apabila Allah uji kita dengan kesakitan kerana dalam masa yang sama masa itulah kita ditatang dengan minyak yang penuh tak gitu? Cakap apa sahaja yang dimahu pasti akan dituruti. Ahakss! Beruntung juga si Syarul Ridzwan ni apabila mendapat perhatian ramai pihak yang mendoakan kesihatan beliau. Apapun semoga cepat sembuh!

166 total views, 166 views today

ep2p-5small