Tahniah! Syaiful Zero Sah Bergelar Suami Kepada Ashura Rudy

Advertisement

Walaupun sebelum ini keluarga kumpulan Zero ditimpa pelbagai masalah gara-gara ‘Rumah Keluarga Zero Hangus Terbakar Di Sabah‘ akhirnya majlis perkahwinan Syaiful Zero telah berjalan dengan lancar dan sah menjadi suami kepada wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, semalam (24 Julai 2015).

Syaiful yang lebih dikenali sebagai Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000 dan pada saat ini mereka masih lagi belum menentukan tarikh yang sesuai untuk majlis bersanding mereka.

syaiful zero kahwin

Sebelum ini, Syaiful terpaksa menangguhkan perkahwinan dari Februari ke Julai kerana menghantar ibunya menunaikan umrah serta membuat rumah baru di kampung halamannya yang sebelum ini rumah mereka di Sabah hangus dijilat api dalam satu kebakaran sehingga menyebabkan ‘Keluarga Zero Pindah Ke Kuala Lumpur‘.

Asalkan perkara wajib telah selesai, jadi tidak kisah bila majlis bersanding diadakan pada tarikh apa pun. Janji hubungan mereka kini telah halal, tahniah diucapkan!

Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga hujung nyawa.

68 total views, 68 views today

ep2p-5small