Syarul Ridzwan Berazam Elak Babak Keterlaluan Dalam Lakonan

Advertisement

Pelakon lelaki terkenal menerusi drama hangat #HatiPerempuan, Syarul Ridzwan mengakui sebolehnya cuba untuk membataskan lakonannya terutama sekali bagi watak yang memerlukan dirinya berpegangan, berpelukan mahupun beromantika. – Mia Ahmad & Syarul Ridzwan bercinta – Apa komen peminat?

Hasratnya itu sejajar dengan dirinya yang kini telah pun pulang daripada menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci baru-baru ini.

MENARIK:- Biodata Syarul Ridzwan Hero Drama Hati Perempuan TV3

Syarul Ridzwan Berazam Elak Babak Keterlaluan Dalam Lakonan

“Sebenarnya, sebelum pergi umrah lagi saya sudah elak berlakon adegan sebegitu. Bagaimanapun, saya tidak mahu ada pihak beranggapan pulang dari umrah terus berubah 100 peratus. Cuma selepas ini saya akan had dan elakkan adegan sedemikian”

“Bukan sahaja dalam lakonan tapi pergaulan di luar juga. Jika masih ada dalam skrip, saya akan berbincang dengan pengarah,” kata pelakon kacak ini.

Niat tu dah cukup penting. Untuk melaksanakannya Insha-Allah perlahan-lahan buat pasti Allah permudahkan. Nak berubah ke arah kebaikan ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi jika berada di dalam industri hiburan ini.

Sumber: Harian Metro

1,178 total views, 1,178 views today

ep2p-5small