Sweet! Azwan Kombos Kini Makin Mesra Dengan Ezzaty?

Advertisement

Pelakon Azwan Kombos kini dikatakan single selepas putus cinta dengan Nad Zainal telah memberikan kelebihan buat dirinya untuk mendampingi mana-mana wanita yang disukainya.

Namun baru-baru ini Azwan Kombos dilihat selalu keluar bersama dengan Ezzaty Abdullah sehingga ada yang membuat gosip mereka berdua mempunyai hubungan cinta. Sebaliknya, Azwan terus menepis gosip tersebut dan mengatakan hubungan mereka berdua sekadar kawan biasa tetapi akui serasi berkawan dengan pelakon cantik itu.

Menarik : Azwan Kombos Geli Tonton Lakonan Sendiri?

Azwan Kombos dan Ezzaty

“Saya tak nafikan cerita kami dilihat keluar berdua. Memang ada masa kami keluar berdua bila masing-masing ada masa free. Saya selesa berkawan dengannya sebab kami sekepala.

“Ramai yang ingat kami bercinta sebab sering nampak berdua. Sebenarnya tidak… saya dan Ezzaty berkawan rapat sahaja,”

Memang akan wujud gosip sedemikian jika mereka terlajak mesra dan bersentuhan melebihi pasangan suami isteri. Malah Ezzaty sendiri akui selesa berkawan dengan Azwan Kombos dan menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang baik dan jujur.

Jika suka sama suka kenapa perlu disembunyikan lagi perasaan tersebut. Kan elok dedahkan sahaja korang adalah pasangan bercinta dan teruskan pasang niat untuk berkahwin. Sekurangnya cinta lepas nikah itu lebih indah. Kalau betul tiada apa-apa hubungan istimewa mohon jangan terlajak mesra okay!

59 total views, 59 views today

ep2p-2