Shila Amzah tampil pertahankan gadis kurang upaya yang dihina..

Eee.. geramnya Miss A dengan individu yang suka dok menghina orang lain ni.. Bajet  macam ko tu dah cukup perfect nak menghina ciptaan Allah.. Satu perkataan ja untuk orang macam ni, tak ada hati perut!

Ada beberapa keping gambar insan istimewa kat laman Instagram dah diejak dan dihina pengguna laman sosial atas kekurangan dirinya.. Miss A rasa perkara biasa dilakukan remaja sekarang untuk memuatnaik gambar selfie kat akaun sendiri..

Tapi, beberapa keping gambar selfie gadis ni dah dihina oleh orang yang berhati jahat.. Ramai orang jadikan gambar gadis tu sebagai bahan jenaka.. Penyanyi Shila Amzah tampil mempertahankan gadis tu.. Korang mampu, Shila kot datang backup.. Yang dok kutuk-kutuk tu pun belum tentu Shila kenal..

Shila menerusi laman Instagramnya minta semua orang tak lagi mengejek atau tinggalkan komen yang tak sepatutnya kat gadis itu..

Sebenarnya gadis tu adalah peminat setia Shila, setiap kali Shila muatnaik apa-apa kat Ignya, pasti gadis tu akan meninggalkan komen..

Lepas dapat support dari Shilla, ramai orang yang follow Ig gadis tu tau! Rata-rata tak henti bagi kata semangat kat gadis tu.. Paling hebat, dia punya follow dah cecah lebih 27 ribu kot!

Satu je Miss A nak nasihat kat orang yang suka mengejek dan menghina orang ni.. Jangan sebab mulut badan binasa.. Setiap orang pasti nak dilahirkan sempurna, siapa kita untuk menghina orang lain.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small