Semua penyokong GHB wajib ikut demo BERSIH 4.0.. – Mat Sabu

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengarahkan semua penyokong GHB untuk sama-sama menyertai demonstrasi BERSIH yang adakan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.

Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan jolokan Mat Sabu berkata, semua penyokong GHB diminta untuk sama-sama menyertai demonstrasi tersebut bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas kononnya demi menyelamatkan Malaysia.

Beliau memaklumkan, keadaan negara pada ketika ini amat tenat dan perlu digantikan pentadbirannya oleh parti pembangkang bagi merawat keadaan ‘tenat’ tersebut.

Mat Sabu turut memaklumkan, perhimpunan itu akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di tiga buah lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Kuchinf dan Kot Kinabalu.

“Negara dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk.

“Hutang negara pada 2015 berjumlah RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidaktelusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan.” kata Mat Sabu.

Benarkah ekonomi Malaysia kini berada dalam keadaan tenat?? Jika benar sudah pasti Malaysia telah di isytiharkan sebagai negara yang telah bankrup kerana sarat dengan hutang.

Tetapi, apa yang sebaliknya adalah Malaysia kini kian berada di mata dunia apabila berjaya melonjak kedudukan teratas dalam pelbagai bidang pengurusan negara. Adakah dengan peningkatan yang diiktiraf dunia ini masih dianggap Malaysia kini berada dalam keadaan tenat??-Utaranews.com-

ep2p-5small