Selepas Dikutuk, Uqasha Senrose Bakal Keluarkan Jenama Tudung Sendiri!

Advertisement

Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini dikritik peminat gara-gara memakai baju ketat dan menyebabkannya tidak boleh berdiam diri sekaligus tampil membidas kritikan peminat tersebut yang dianggap akal cetek. Walaupun sering dikutuk dan dikritik pelakon jelita ini telah melangkah setapak apabila bakal melancarkan tudung jenama sendiri selepas Aidilfitri nanti.

Niat Uqasha Senrose telah dipertikai oleh sesetengah pihak dan menganggap pasti artis yang sudah berhijrah akan memiliki jenama tudung sendiri yang cuba mengambil kesempatan diatas popularitinya.

Menarik : Video Menggoda Uqasha Senrose Duet Lagu Hindustan

uqasha senrose bakal keluarkan tudung jenama sendiri

“Bukan ikut trend, saya rasa tak salah sesiapa sahaja yang mahu memulakan bisnes yang dah sedia ada. Kalau ada orang jual kuih, dan kita juga mula jual kuih, takkan nak dikatakan kita tiru orang itu. Rezeki masing-masing”

“Kalau kuih kita sedap orang akan beli. Dalam hal tudung juga saya ambil konsep yang sama. Saya tak mahu bermusim, sebab itu saya akan mula keluarkan selepas hari raya ini. Kalau kita buat menjelang hari raya nanti orang anggap ia bisnes bermusim”

“Saya mahu buat bisnes yang panjang dan berterusan bila-bila masa tak terikat untuk sambutan raya sahaja,”

Semoga impian Uqasha Senrose akan menjadi kenyataan dan abaikan sahaja komen negatif yang cuba menjatuhkan semangat Uqasha Senrose yang semakin membara. Contohi juga pelakon Rozita Che Wan dan Neelofa dalam membangunkan perniagaan tudung sendiri. Semoga berjaya!

55 total views, 55 views today

ep2p-5small