Selangor Enggan Lepaskan Pemain, Dollah Sudah Temui Pengganti

 S. Kumaahran, Christie Jeeyaseelan dan Vincent Bikana telah sahut panggilan Malaysia menentang Liverpool pada 24 Julai ekoran keengganan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melepaskan tiga pemain The Red Giants.

“Bukan senang untuk saya cari pemain tempatan tetapi akhirnya setelah satu hari berbincang bersama jurulatih lain, kami dapat pemain yang dalam senarai kami”

“Saya ucapkan terima kasih kepada Terengganu, pihak pengurusan cukup senang dan beri layanan cukup istimewa kepada kita”

Dalam pada itu, Dollah menyuarakan nada kesal terhadap FAS yang terus enggan untuk melepaskan tiga pemain mereka.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari pada Ahad mengeluarkan kenyataan di laman twitter, untuk tidak melepaskan tiga pemain tersebut untuk skuad pilihan Malaysia.

dollah-temui-alternatif-trio-selangorDollah turut kecewa kerana, aksi dengan Liverpool adalah pendedahan penting buat Afiq dan Ahmad Hazwan yang turut berada dalam perancangan barisan negara untuk saingan Kelayakan Piala Dunia dan Asia.

“Memang saya terkilan juga kerana saya mahu pemain seperti Hazwan dan Afiq mendapatkan pendedahan di peringkat tertinggi”

“Malangnya, mereka tidak mendapat pelepasan dari Selangor dan saya hanya boleh serahkan kepada apa-apa keputusan kepada FAM”.

Sebelum ini dilaporkan ketika Pahang membuat pusingan U dengan membenarkan semula semua pemain tempatan mereka mengikuti sesi latihan yang akan bermula hari ini, perkara sebaliknya berlaku kepada Se­langor yang bertegas menyekat jenteranya daripada terlibat dalam aksi tersebut.

Ketiadaan wakil skuad Red Giants yang terdiri daripada Ahmad Hazwan Bakri di bahagian tengah, Afiq Azmi (serangan) dan Robert Cornthwaite (pertahanan) menyebabkan beberapa posisi Pilihan Malaysia lompong.

Menurut pengurus Selangor, Amirudin Shari, pihaknya berkeras dengan keputusan tersebut kerana mahu menumpukan perhatian dalam kempen Liga Super dan sedia bertanggungjawab dalam menghadapi hukuman.

“Salam Eidulfitri – Saya ingin tegaskan pengurusan pasukan Selangor tidak melepaskan pemain untuk perlawanan persahabatan dengan Liverpool.

“Saya ambil segala tanggungjawab untuk keputusan ini kerana kepentingan liga agak mendesak kepada pasukan Selangor.

“Jika pihak tertentu rasakan ini langgar peraturan saya harap pemain-pemain tak di hukum, (sebaliknya) pengurusan akan hadapinya. Arahan ini datang daripada saya,” katanya yang juga Exco Pemba­ngunan Generasi Muda dan Sukan Selangor menerusi laman sosial Twitter, semalam.

ep2p-5small