Saya Mahu Bersikap Telus Dalam Perhubungan – Zul Ariffin

Advertisement

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Zul Ariffin yang sememangnya menjadi kegilaaan ramai wanita. Meskipun selalu diburu kontroversi panas yang mengaitkan namanya dengan pelakon lain namun Zul Ariffin tetap setia dengan kekasihnya yang satu itu. – Zul Ariffin Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Elfaeza Ul Haq.

Menurut, Zul Ariffin beliau tidak pernah merahsiakan sebarang perkara dengan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai. Setiap aktiviti yang dilakukan pasti akan dimaklumkan kepada Gayatri Su-Lin Pillai.

“Setiap projek baik drama, filem mahupun pelantikan sebagai duta, pasti akan dimaklumkan kepada Gaya terlebih dahulu. Saya mahu bersikap telus dalam perhubungan. Kalau boleh saya tidak mahu menyembunyikan satu perkara pun.

Menarik artikel sebelum:- Zul Ariffin Beri Penjelasan Tuduhan Marah Peminat Minta Bergambar

Saya Mahu Bersikap Telus Dalam Perhubungan - Zul Ariffin

Langkah awal diambil sekiranya timbul cerita negatif mengenai dirinya, sekurang-kurangnya Gayatri Su-Lin Pillai dan keluarga Zul Ariffin tahu situasi sebenar yang berlaku.

“Apabila tahu semua perkara, kalau ada cerita negatif dibangkitkan dia tahu kebenarannya. Saya malas menjelaskan hal yang tidak benar. Bukan Gaya saja, dengan keluarga pun begitu. Mereka tahu apa saya buat. Saya tidak mahu mereka terkejut jika timbul cerita kurang enak.

Walaupun beliau sentiasa sibuk dan terikat dengan kerjaya lakonan namun itu tidak menghalang Zul Ariffin untuk meluangkan masa bersama Gayatri. Tambah Zul lagi beliau senang dengan sikap Gayatri yang memahaminya.

“Walaupun tidak bebas menonton wayang, keluar makan dan bersiar-siar seperti pasangan lain, kami masih ada masa bersama. Saya beruntung kerana dia memahami jadual kerja saya. Namun sebagai lelaki saya kenalah memperuntukkan masa untuk bersamanya. Dapat jumpa atau keluar sekejap pun sudah memadai.

Kejujuran, kesetiaan dan kesabaran adalah tiga kunci utama untuk memastikan setiap hubungan itu berkekalan. Diharapkan perhubungan yang terbina ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Tak sabar jugak nak tengok artis yang menjadi kegilaan ramai ini bersanding atas pelamin. Ahaks! :p

12 total views, 12 views today

ep2p-2