"Saintis" melayu hancur 4 jari semasa ujikaji mercun bola..

Seorang pelajar berusia 15 tahun hilang empat jari tangannya akibat terkena mercun buat sendiri. Mangsa Muhammad Rizaimie Zamri yang berasal dari Kelantan itu dikatakan menguji keberkesanan mercun yang direka bersama kawan-kawannya.

Tapi lain pulak jadinya, menurut ibu mangsa, Che Rosmaini Che Sulaiman elok saja selesai berbuka puasa bersama keluarga anaknya terus keluar bersama rakannya.

“Tidak lama kemudian saya mendengar bunyi dentuman kuat. Pada mulanya saya tidak menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun yang anak saya main bersama kawan-kawannya.

“Saya kemudiannya bergegas keluar rumah dan mendapati anak saya sudah dibawa abang saya dengan kereta ke hospital,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam semalam di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat. Disebabkan empat batang jari kanan hancur.. Lepas ni susah dah ler mangsa nak menulis. Korang kalau nak main mercun, main mercun pop sudah baru tak bahaya. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small