Rupanya ini sebabnya Najib difitnah… Tak sangka sungguh!

“Mereka yang berterusan menghentam dan menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya berasa cemburu dengan kejayaan beliau,” kata Speaker Sabah, Salleh Said Keruak.

Tidak cukup dengan hanya cemburu, pihak yang berniat untuk menggulingkan Najib bukan hanya akan menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara itu, malah turut mencalar imej negara di mata dunia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan portal antarabangsa yang dikatakan sering menghentam serta menyebarkan laporan berbentuk dakwaan berhubung penyelewengan badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mereka (pihak yang sering menyebarkan laporan berita yang menjatuhkan kredibiliti Najib) ada agenda yang bertujuan untuk merosakkan politik negara dan mereka ini juga pasti bersubahat dengan pihak-pihak tertentu di Malaysia yang bertindak menyalurkan maklumat kepada mereka.

“Mereka sebenarnya cemburu dengan kejayaan Malaysia di bawahn kepimpinan Najib. Mereka akan cari jalan untuk jatuhkan perdana menteri secara tidak demokratik,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Katanya lagi, ketidaktentuan politik yang sedang berlaku dalam negara ini akan menjejaskan rentak pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang sedang dijalankan oleh kerajaan.

“Jika RMK11 tidak dapat dijayakan, matlamat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 hanya tinggal impian.

“Jika kerajaan porak-peranda, pembangkang akan ketawa dan yang rugi nanti adalah rakyat sendiri,” katanya lagi. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak khususnya masyarakat supaya kekal bersatu dan menyokong kepimpinan Najib.

“Rakyat jangan terbawa-bawa dengan emosi sehingga lupa akan masa depan generasi kita. Rakyat harus bersatu padu bersama pimpinan kerajaan.

“Jangan kita buat andaian sendiri kerana kita telah ada Task Force (Pasukan Petugas Khas) peringkat tertinggi yang jalankan siasatan,” katanya.

ep2p-5small