Rara Comel! Anak Scha Dan Awal Beraya Dengan Rambut Baru

Advertisement

Memang geram sangat kalau tengok baby-baby yang kecil sedang membesar ni seperti anak kepada pasangan ideal Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Lara Alana.

Anak manjanya ini sebelum ini kecoh dengan pengikut di Instagram yang ramai mengalahkan artis lama kini sudah pun besar menjadi penghibur hati ibu dan bapanya.

Terbaik:- Scha Alyahya Harap Isu Perbandingan Anak Selebriti Dihentikan!

Rara Comel! Anak Scha Dan Awal Beraya Dengan Rambut Baru

Apa yang menarik kami ingin kongsikan ialah fesyen rambut raya si Lara Alana ni. Umum mengetahui gelaran yang diberikan oleh bapanya sendiri Awal Ashaari ialah Si Pacak.

Ini disebabkan sejak kecil lagi si Lara ni memang memiliki rambut yang lebat dan lurus je terpacak. Mungkin disebabkan dirinya pun dah semakin besar dan rambut semakin memanjang, untuk pertama kalinya Si Pacak ini di bawa ke salon untuk diguntingkan rambutnya.

Jelas kelihatan kan Lara agak ketakutan, namun disebabkan layanan yang bijak diberikan oleh penggaya rambut, Lara akhirnya berjaya beraya dengan gaya rambutnya yang terbaru. Kelakar pula dengan kapsyen di IGnya yang mengatakan:

Rara Comel! Anak Scha Dan Awal Beraya Dengan Rambut Baru

“Rara nak tanya, kalau rambut Rara senget tak boleh raya eh? #huwaaaaaa”

Tak apalah Rara, comel juga rambut senget pun ada style! Kami di Gosip Malaysia ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat pasangan ini dan Selamat Berhari Raya buat si comel Lara Alana.

Rara Comel! Anak Scha Dan Awal Beraya Dengan Rambut Baru

15 total views, 15 views today

ep2p-2