RAHEEM Sterling bakal melengkapkan pemindahan bernilai £49 juta dari Liverpool ke Manchester City dalam tempoh terdekat.

Pemain muda England itu dilaporkan dibeli dengan bayaran awal sebanyak £44 juta yang akan disusuli dengan tambahan £5 juta.

Dengan penghijrahan tersebut, Sterling bakal meraih gaji sebanyak £180,000 seminggu setelah menandatangani kontrak selama empat tahun.

Pemain sayap itu akan menjalani pemeriksaan perubatan pada Isnin sebelum diumumkan secara rasmi menjadi milik Manchester City.

Pemindahan Sterling menemui jalan penyelesaian apabila bintang muda berkenaan enggan mengikuti skuad Brendan Rodgers dalam jelajah pramusim ke Asia.

Pemindahan ini juga akan memecahkan rekod pemain muda paling di England.

Sterling sebelum ini ditawarkan gaji baru oleh Liverpool sebanyak £100,000 seminggu sebelum kontraknya tamat pada 2017.

Sabtu lepas, nama Sterling berada dalam senarai untuk perlawanan pra musim ke Thailand, Australia dan Malaysia namun telah dibuang.

Dikhabarkan bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard begitu kecewa dengan keputusan Sterling. ‘Beliau sepatutnya bersama Liverpool kerana peminat mahukan dia’ ujar Gerrard.