Portal Pembangkang mengaku guna maklumat palsu fitnah 1MDB

Portal milik pembangkang, The Edge akhirnya mengaku bahawa menggunakan maklumat salah menerusi pendedahan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibuat oleh portal itu.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi laman twitter miliknya.

Abdul Rahman memberitahu, dengan penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi Internaional (PSI), Xavier Andre Justo oleh polis Thailand, portal pembangkang itu akhirnya mengaku menggunakan maklumat yang dicuri daripada Justo.

Abdul Rahman berkata, jika Justo tidak ditangkap sehingga hari ini, pasti portal pembangkang itu tidak akan mengaku maklumat yang diperolehi sehingga hari ini.

“Akhirnya the Edge mengaku mereka mendapat data curi daripada Justo!

“Bagaimana agaknya jika pihak berkuasa Thailand tidak menangkap Justo, adakah mereka akan mengakuinya?” kata Abdul Rahman menerusi laman twitternya.

Pengakuan portal pembangkang itu jelas menunjukkan media mereka sering menggunakan sumber mahupun maklumat yang salah untuk mengelirukan rakyat.

Dengan penangkapan Justo itu, dapat membersihkan imej skandal 1MDB yang dilemparkan portal pembangkang yang mengunakan bekas eksekutif PSI sebagai sumber. -Utaranews.com-

ep2p-5small