Portal Cari Kanak-Kanak Hilang Inisiatif Baik – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sebuah portal dalam usaha mencari kanak-kanak hilang di negara ini.

 

Menerusi catatan terbarunya di laman Twitter hari ini, Najib berharap portal itu mendapat maklum balas dan bantuan orang ramai.

 

“Portal http://knk2hilang.rmp.gov.my/ inisiatif yang baik, Polis Diraja Malaysia. Mudah-mudahan usaha mencari kanak-kanak yang hilang lebih berjaya dengan bantuan dan maklumat orang awam,” katanya.

 

Portal yang dilancarkan PDRM pada laman web rasminya 8 Julai lepas itu adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Dilaporkan daripada sejumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang dilaporkan hilang antara 2011 dan Mei 2015, 8,441 akhirnya ditemui tetapi 338 orang kanak-kanak masih belum ditemui. – Bernama



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini. Bookmark the permalink.

ep2p-5small