Popia nestum

popia nestum yang kak rose buat untuk raya hari tu… nak jugak tepek kat sini. tabik spring toing toing yang teramat pada yang membuat kudapan ni untuk jualan… bila buat sendiri baru tau banyak mana kesabaran yang harus ada untuk menggulung kulit popia ni…. untuk dua pack kulit popia ni pun dah terasa sakit tangan keras kak rose ni dan berulang kali rehat dan sambung semula… hihihi…. memang tak de gaya nak buat untuk jualan la kan… dan lepas gulung n potong2 tu kak rose biarkan kering dulu baru goreng…. resepi campuran nestum pun kak rose amik dari blog, tapi dah lupa sapa tuannya, jadi kak rose mohon halalkan resepinya nak tepek kat sini ya…

Bahan:

1 paket kulit popia (500 gm)
300 gm nestum (blend halus)
200 gm susu (kak rose guna susu omega, tu jer yg ade!)
200 gm gula kastor

satukan semua dan gaul dengan popia goreng yang dah disejukkan…. boleh la nikmatinya dengan nyaman…. dah makan memang susah nak berenti mengunyah!

ep2p-2