Plaza #lowyat mahu buat Rumah Terbuka Aidilfitri??

Telah viral didalam banyak group sosial whatsapp dan telegram mengenai berita Plaza Low Yat mahu anjurkan sambutan Hari Raya untuk menambat kembali hati orang Melayu.

Didalam kenyataan berkenaan, Plaza tersebut dikatakan akan menyediakan makanan percuma dan tema mereka memakai Baju Melayu, Songkok dan Baju Kurung.

Tidak diketahui sama ada benar atau tidak berita berkenaan, namun ianya mula menjadi bualan ramai netizen. Dibawah ini adalah kenyataan yang diviralkan tersebut.

1.Berikutan perniagaan mencatatkan 50% kemerosotan, Pengurusan Plaza Low Yat merancang bersama MCA untuk menganjurkan sambutan Hari Raya untuk mengembalikan keuntungan besar yang diambil oleh orang Melayu seperti sebelum ini.

2.Plaza Lowyat yang terdiri sebagai pengundi DAP memilih membuat bersama MCA dan bukan bersama DAP berikutan persepsi perkauman DAP sangat kuat dikalangan orang Melayu. Jadi MCA adalah penganjur yang sesuai pada kali ini walaupun kesemua peniaga itu telah mengundi DAP di Bukit Bintang sejak zaman berzaman. Peniaga DAP juga bersetuju untuk bersatu membuat jamuan Hari Raya bersama MCA biarpun berlainan parti, asalkan matlamat tercapai iaitu bagi menambat hati orang Melayu.

3.Peniaga Plaza Low Yat mendakwa berlaku penurunan penjualan sebanyak 50 peratus selepas insiden telefon bimbit yang bertukar menjadi kecoh pada Ahad lalu kerana mereka memukul orang Melayu menggunakan kayu dikepala.

4.Mereka juga berhasrat pada hari itu akan menurunkan harga dengan mengambil keuntungan kecil sahaja di Jamuan Hari Raya nanti. Ini bertujuan langkah menarik semula minat orang Melayu mengeluarkan wang mereka membeli di Lowyat.

5.Apabila ditanya tentang isu telefon klon dan penyimpanan senjata di Lowyat seperti parang dan besi, mereka menjawab “no comment, itu hanya khabar angin saja. Datanglah check pada jamuan hari raya nanti, pasti tidak ada”.

6.Akhir sekali Pengurusan Lowyat sedang berbincang bersama peniaga cina di Lowyat untuk bersama-sama memakai Baju Melayu, Baju Kurung, Songkok dan Sampin pada jamuan Hari Raya nanti.

Seiring dengan strategi bagi memulihkan keuntungan yang telah merosot. Mereka juga akan menggunakan Bahasa Melayu sahaja pada hari Jamuan Terbuka dan tidak akan berkomunikasi didalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien bagi membuktikan peniaga Lowyat mesra kawan serta tidak rasis.

ep2p-2